Monday 21 July 2014

Aku Adalah Aku

Aku adalah Aku,
Yang punya hati berbeza,
Kerna aku tak mahu menjadi seperti dia,
Dan aku tak mahu perwatakan yang sama,

Aku adalah Aku,
Bukan seperti dia,
Yang sentiasa indah di mata,
Yang sentiasa di puja-puja,

Aku adalah Aku, 
Dan bukan yang kau cinta,
Bukan juga yang kau rindu,
Bukan juga yang kau tunggu,

Aku adalah Aku,
Yang punya perasaan sendiri,
Tapi mampukah kau menjaganya,
Atau selalu menyakitinya ?

Aku adalah Aku,
Yang punya satu hati
Namun pernah ke kau sedari,
Pernahkah kau hargai ?

Aku adalah Aku,
Bahagia hanya aku yang rasa,
Kesakitan aku,
Hanya aku menanggung semuanya,

Butakah mata kau selama ini,
Tulikah telinga kau saat ini,
Batukah hati kau tika ini ?
Atau kau hanya mampu berdiam diri ?



No comments:

Post a Comment