Wednesday 15 January 2014

Alasanmu

Yang pergi pasti tak kembali, memang layak ayat ni untuk wany . Wany menuggu orang yang tinggalkan wany tanpa sebab yang munasabah. Bodohnya wany hingga diaboleh buat wany macam ni, sampai kejujuran yang membuktikan segalanya. Berubah benar dia kali ini , tinggalkan wany kerana mahukan kebebasan untuk layan perempuan lain, setahu wany, wany ak pernah halang dia or kongkong dia seteruk itu sampai tak boleh layan perempuan, cuma kene pandai jaga batas. Tapi dengan alasan itu, dia dapat kebebasan itu.


Selama ini, wany fikir, wany terlalu mendesak dia, terlalu mencari dia, ganggu dia. Bila balik kerja, langsung tiada text or call dari dia. Salah wany sebab menganggu, tapi wany salah. Dia tinggalkan wany bukan dengan alasan itu, tapi reason yang mungkin buat hati wany hancur sangat. Dah tiada cara nak cantumkan balik. Apa perasaan dia kalau tiba2 wany minta putus sebab mahukan kebebasan untuk layan lelaki lain ? serupa macam couple ni buat main2 jek, hati ni macam batu .. tak mudah pecah. Wany hanya mampu menangis je bila dia mengaku macam tuh. barulah wany tahu segalanya. Dah ini kehendak dia, kebebasan itu lebih penting daripada seorang perempuan yang setia menunggu dia setiap masa, Siapalah wany dia nak pandang, wany tiada apa2 pun untuk dia. Wany izinkan dia cari kebebasan untuk berkawan, tapi lepas ni, apabila wany melangkah, tiada lagi peluang untuk dia kejar wany semula kerna ini untuk kali kedua kesalahan yang sama dia lakukan.

Wany redha dengan apa yang berlaku pada wany, sebab wany tahu ini bukan takdir untuk wany dengan dia, Biar dia cari bahagia, tiada guna lagi wany tunggu mahupun menangis . Buta mata wany pun, belum tentu kebahagiaan yang sama wany dapat dari dia. Andai suatu hari nanti, Allah mengizinkan dia berada di tempat wany, barulah dia tahu kesakitan yang selama ni wany tanggung kerana terlalu sayangkan dia. Barulah dia rasa seksanya bila pengorbanan tak dihargai, cinta di khianati. Wany halalkan segalanya apa yang wany telah beri pada dia, Moga dia bahagia. wany tetap sayangkan dia walaupun wany jauh dari dia :')

No comments:

Post a Comment