Sunday 21 December 2014

Rentakku

Penat lelah hadapi masalah, akhirnya bertemu juga satu ketenangan. Biarkan semua terjadi secara halus dan hilang tanpa sedar. Share pada orang, tidak sama sekali walaupun dipaksa. Itu bukan caraku dan itu bukan rentakkan. Usai semuanya pergi, usah ditanya apa yang berlaku sebelum ni. Tiba saatnya aku lupa dalam diam tiap airmata yang jatuh bila hati diuji.

Hadirnya seseorang dalam hidup kadangkala bukan tempat untuk diluah segala sakit, mungkin hadirnya hanya memberi sekelumit ketenangan. Mungkin juga hadirnya untuk menghiburkan dalam pada yang sama buat aku lupa perit aku.

Silap aku juga kerana memendam kerana aku tahu, apa kurangnya aku, mana lemahku. Belajar untuk hadapi sendiri adalah titik tolak kekuatan aku. Cuba fahami mengapa aku lebih memilih untuk memendam.

Monday 4 August 2014

Warkah Buat Mantan dan Kekasih Ku



Wahai mantan kekasihku, pertemuan buat kali pertama selepas kita membawa haluan masing masing memang menyakitkan dan  menguji kerna antara kita ada kisah dulu yang tersirat. Dendam dan sakitkan hati dah pun saya lempar jauh, yang tinggal hanya kata maaf yang tak terluah dengan mudah. Saat kita sudah ada kebaagiaan  masing masing, awak muncul semula di depan saya dengan 1001 ayat yang ingin diluah yang mungkin akan membuatkan saya tersenyum dan menangis. Kita tak minta benda ni semua berlaku, dan saya pasti awak tahu apa yang terjadi antara kita disebabkan terpaksa, demi menyelamatkan keadaan. Keadaan yang membuatkan kita terpaksa lupakan semua kisah kita. Dalam diam, hati awak juga merasakan benda yang sama. Saya tak pernah memaksa awak untuk mengingati semula perkara yang lepas kerna itu hanya kenangan kita, bukan lagi buku yang akan di buka semula sebab kita dah baca buku kita sehingga ‘jilid yang terakhir’. Memang keluarga tak pernah menghalang untuk kita bepisah, sebab mereka juga ingin yang terbaik untuk anaknya walaupun mereka sendiri nak lihat kita ‘berkawan’.  Wahai mantan kekasihku, Allah tak takdirkan kita untuk terus bersama, mungkin ada hikmah yang tersembunyi. PerancanganNya adalah sebaik baik perancangan. Mungkin pengganti ‘itu’ akan lebih membahagiakan dalam setiap sudut, mungkin dia adalah rentak sebenar awak. Jangan pernah salahkan takdir dengan apa yang terjadi. Kita ada arah sendiri untuk dituruti. ‘Dia’ yang mewakili saya buat masa ni, saya harap dia buat sehabis mungkin untuk membahagiakan awak. Saya dah tak dapat nak jaga awak lagi dah, saya dah tak dapat nak ‘care’ pasal awak sangat sebab dia lebih dekat untuk lakukan semua tu. Saya juga ada ‘dia’ untuk dihargai. Antara kita hanya ada kenangan dan juga bayangan rindu, bukannya perasaan seperti dulu.

 .................................

 

Wahai kekasihku, siapa dia ataupun awak bukan persoalannya bagi saya. Yang lepas dipanggil kenangan, yang ada dipanggil masa hadapan. Cukuplah awak tahu dia hanya kenangan saya dan tak lebih dari tu, dan awak dijadikan titik permulaan saya melangkah ke masa hadapan saya. Saya tak meletakkan harapan untuk kembali seperti dulu dengan dia, kerana saya ada awak. Maafkan saya andai warkah saya mengguris hati  yg membacannya, niat saya ingin meluahkan sesuatu yang tersimpan di hati. Dia ada ‘life’ sendiri dan InshaAllah dia bahagia dengan life dia, saya juga nak bahagia dengan life saya. Mungkin Allah ingin menguji perasaan saya :’) Ujian itu sebuah kekuatan yang baru, mudah mudahan hati saya terus kuat untuk bersama awak sehingga ke akhirnya.   “YA ALLAH, sampaikan rindu hambaMu ini kepada dia. Buang rasa tak enak dari benak hati ini. Jadikan dia orang yang sentiasa bercahaya dalam hatiku. Jadikan dirinya orang yang terakhir memiliki hati kecil ku ini YA ALLAH. Sinarilah hidupku dengan kehadiran dia. Amin ya rabbal alamin” :’)


Monday 21 July 2014

Aku Adalah Aku

Aku adalah Aku,
Yang punya hati berbeza,
Kerna aku tak mahu menjadi seperti dia,
Dan aku tak mahu perwatakan yang sama,

Aku adalah Aku,
Bukan seperti dia,
Yang sentiasa indah di mata,
Yang sentiasa di puja-puja,

Aku adalah Aku, 
Dan bukan yang kau cinta,
Bukan juga yang kau rindu,
Bukan juga yang kau tunggu,

Aku adalah Aku,
Yang punya perasaan sendiri,
Tapi mampukah kau menjaganya,
Atau selalu menyakitinya ?

Aku adalah Aku,
Yang punya satu hati
Namun pernah ke kau sedari,
Pernahkah kau hargai ?

Aku adalah Aku,
Bahagia hanya aku yang rasa,
Kesakitan aku,
Hanya aku menanggung semuanya,

Butakah mata kau selama ini,
Tulikah telinga kau saat ini,
Batukah hati kau tika ini ?
Atau kau hanya mampu berdiam diri ?



Wednesday 16 July 2014

Karma Ku

Siapa yang mampu faham diri kita kalau bukan diri sendiri. Kalau setiap hari terpaksa pujuk hati ini supaya bersabar, cukup bulan boleh gila. Kalau hati kita mampu bersuara, mesti orang akan hormat dan faham kita right, takdelah dokk pakai hentam je. what we call ? Memb**i buta... 



Sakit hati siapa yang tahu? berkecamuk hati siapa yang faham? Hanya diri sendiri
yang mengadap right ? Everytime memendam jew, dah macam job fulltime pun ade,hmm
Tapi jangan terlupa, Pencipta kita tak pernah jauh untuk mendegar luahan hati hambanya.

Sedalam mana aku cuba memahami hati orang lain, siapa yang akan fahami aku semula? Mungkin khilaf ku dalam hidup sendiri, aku sendiri tak mampu nak fahami diri sendri, kadangkala menangis tanpa sebab, aku mahukan seseorang 
di sisi saat aku memerlukan.. but hmmm

Cari kekuatan sendiri, mungkin itu cara terbaik. Menangis semahunya, aku cuba selindung bunyi tangisan agar diri sahaja yang tahu sakitnya memendam, begitu juga 
sakit bila menangis dan mulut diterkup.. sakit dan sakit :'( 
Letih dengan semua ni, namun siapa kita untuk mengelak dari menghadapi konflik diri sendiri. Ini yang dinamakan, kehidupan karma manusia sebagai 
HAMBANYA :')

Tuesday 15 July 2014

Kita Juga Pendakwah

Allah bagi kita peluang dalam kehidupan, selagi mana kita tak dijemput, selagi itu peluang untuk kita bertaubat masih ada.. Cuba bayangkan kalau kita sahut seruanNya dalam keadaan kita yang hina, penuh dengan noda, mana persinggahan terakhir kita ? Syurga atau Neraka ? Tatkala hati masih goyah mencari arah tujuan, mencari taliNya, cuba cari satu tali yang kukuh, yang mampu kita paut dengan selamat. 


Berdoa, jangan putus untuk berdoa padaNya kerana Allah Maha Mendengar doa hambanya yang kerdil. Jangan ditangguhkan taubat kerana seruanNya tak pernah tertangguh walaupun sesaat. Memang kita manusia biasa, sifatnya pelupa.. berbeza dengan Rasulullah s.a.w. yang bersifat maksum. Nabi Muhammad terbela dengan peristiwa Israk Mikraj di mana dada Nabi dibelah oleh malaikat Jibril.

Tipulah kalau tak pernah terdetik di hati setiap hambaNya untuk berubah walaupun hanya sebesar zarah. Berdoalah agar Allah memberi hidayah dan kekuatan untuk bertaubat. Kenangan lampau biarkan berlalu. Usaha tawakal berdoa :) 

Andai Allah hantarkan seseorang dalam kehidupan kita, yang sama seperti kita iaitu ingin berubah, carilah peluang untuk membimbing dia sedaya yang mampu walaupun diri sendiri juga belum cukup sempura kerna tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Muhasabahkan diri bersama.. InshaAllah Allah akan membuka jalan buat kita andai nawaitu kita betul. Syurga neraka itu pasti.. Janji Allah juga benar..

Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T .. manaa yang kurang baik datangnya dari diri sendiri, perbaiki diri bersama.. Ingat, selagi mana kita di bumi Allah, kita juga adalah pendakwah..

Monday 31 March 2014

Suratan untuk kita , Alhamdulillah

Tinggal lagi beberapa hari dia dah nak gerak, wany pulak yang berdebar, takut, sedih. Perasaan ni bercampur baur. Wany takut dia jumpa pengganti Wany, Wany sedih sebab lepas ni Wany dengan dia mungkin takkan ketemu lagi. Betullah, lepas SPM antara kami dah mula buat hal masing2, dia dengan dunia dia, 
Wany dengan dunia Wany. Hurmm, Wany sedar dia takkan tahu apa yang Wany rasa. Wany ni terhegeh2 pada dia kan ? Wany bukan terhegeh, tapi Wany mahukan hubungan Wany dengan dia jernih, walaupun tak mempunyai hubungan yang istimewa sekalipun, cukuplah sebagai kawan. Tapi da langsung tak peduli, huhhh.. 


 Dia nak pergi PLKN 6.4 ni, ishh, tinggal 6 hari je.. !! Mybe lepas dia balik sini, Wany dah takde kat sini. Baru2 ni Wany ada buatkan kek coklat untuk dia, Wany pesan pada maka dia supaya pesan pada dia, singgah rumah kejup amik kek, tapi dia tak datang2 pun, hurmm, akhirnya Wany buang kek tuh, sebab kek tu khas untuk dia, mungkin dia dah jijik nak jejakkan kaki kat rumah Wany, tapelah, Wany pun sedar siapa diri Wany, dia buat seperti tak pernah kenal Wany.. ape pun, Wany bersyukur dengan apa yang Wany ada, its ok lah kalau dia memang nak bencikan Wany, lupakan Wany.. Wany redha. Mungkin Allah dah aturkan yang terbaik,
Mudah mudahan , Amin ~~

Sunday 30 March 2014

Ayat Terakhir



“Apa jua yang berlaku, belajar untuk terima takdir wany, apa yang kita sayang, kita jaga, belum tentu akan kekal jadi milik kita” .. yes, that’s right !! Of course tak mudah nak melupakan, sekurang kurangnya aku perlu mencuba . Benda yang dah pergi, biarkan pergi,jangan di tahan .. 

 Kali ni, mungkin jawapan dah terang, antara aku dengan dia no more chemistry, dah tak ngam sebab hati masing2 dah banyak berubah. Apa pun yang berlaku, aku takkan simpan dendam pada dia, lagilah nak makan dalam. Ada hikmahnya. Dia banyak mengajar aku erti kekuatan dan tabah bila di uji. Dia pergi, aku takkan menghalang, kalau di halang, dia couple dengan aku sebab terpaksa ke ? Aku taklah kuat, tak jugak hati batu yang tiada perasaan. Bila dia memang tiada respon yang baik, aku faham maksudnya, supaya berhenti berharap even masih ada sayang untuk dia. Dia lelaki, ego dia buat aku terseksa, cara dia buat aku tertanya, siapa aku sebenarnya dalam hati dia. Yang aku tahu aku perlu mengalah dan ikut kehendak dia, hormat keputusan dia. Doakan kebahagiaan dia, kejayaan dia supaya boleh bantu keluarga suatu hari nanti :’) Dia tak pernah jauh dari hati, dia tak pernah jauh dari doaku. Apa yang penting kebahagiaan dia .. yup, KEBAHAGIAAN DIA..