Tuesday 15 July 2014

Kita Juga Pendakwah

Allah bagi kita peluang dalam kehidupan, selagi mana kita tak dijemput, selagi itu peluang untuk kita bertaubat masih ada.. Cuba bayangkan kalau kita sahut seruanNya dalam keadaan kita yang hina, penuh dengan noda, mana persinggahan terakhir kita ? Syurga atau Neraka ? Tatkala hati masih goyah mencari arah tujuan, mencari taliNya, cuba cari satu tali yang kukuh, yang mampu kita paut dengan selamat. 


Berdoa, jangan putus untuk berdoa padaNya kerana Allah Maha Mendengar doa hambanya yang kerdil. Jangan ditangguhkan taubat kerana seruanNya tak pernah tertangguh walaupun sesaat. Memang kita manusia biasa, sifatnya pelupa.. berbeza dengan Rasulullah s.a.w. yang bersifat maksum. Nabi Muhammad terbela dengan peristiwa Israk Mikraj di mana dada Nabi dibelah oleh malaikat Jibril.

Tipulah kalau tak pernah terdetik di hati setiap hambaNya untuk berubah walaupun hanya sebesar zarah. Berdoalah agar Allah memberi hidayah dan kekuatan untuk bertaubat. Kenangan lampau biarkan berlalu. Usaha tawakal berdoa :) 

Andai Allah hantarkan seseorang dalam kehidupan kita, yang sama seperti kita iaitu ingin berubah, carilah peluang untuk membimbing dia sedaya yang mampu walaupun diri sendiri juga belum cukup sempura kerna tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Muhasabahkan diri bersama.. InshaAllah Allah akan membuka jalan buat kita andai nawaitu kita betul. Syurga neraka itu pasti.. Janji Allah juga benar..

Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T .. manaa yang kurang baik datangnya dari diri sendiri, perbaiki diri bersama.. Ingat, selagi mana kita di bumi Allah, kita juga adalah pendakwah..

No comments:

Post a Comment