Sunday 21 December 2014

Rentakku

Penat lelah hadapi masalah, akhirnya bertemu juga satu ketenangan. Biarkan semua terjadi secara halus dan hilang tanpa sedar. Share pada orang, tidak sama sekali walaupun dipaksa. Itu bukan caraku dan itu bukan rentakkan. Usai semuanya pergi, usah ditanya apa yang berlaku sebelum ni. Tiba saatnya aku lupa dalam diam tiap airmata yang jatuh bila hati diuji.

Hadirnya seseorang dalam hidup kadangkala bukan tempat untuk diluah segala sakit, mungkin hadirnya hanya memberi sekelumit ketenangan. Mungkin juga hadirnya untuk menghiburkan dalam pada yang sama buat aku lupa perit aku.

Silap aku juga kerana memendam kerana aku tahu, apa kurangnya aku, mana lemahku. Belajar untuk hadapi sendiri adalah titik tolak kekuatan aku. Cuba fahami mengapa aku lebih memilih untuk memendam.

No comments:

Post a Comment