Monday 4 August 2014

Warkah Buat Mantan dan Kekasih Ku



Wahai mantan kekasihku, pertemuan buat kali pertama selepas kita membawa haluan masing masing memang menyakitkan dan  menguji kerna antara kita ada kisah dulu yang tersirat. Dendam dan sakitkan hati dah pun saya lempar jauh, yang tinggal hanya kata maaf yang tak terluah dengan mudah. Saat kita sudah ada kebaagiaan  masing masing, awak muncul semula di depan saya dengan 1001 ayat yang ingin diluah yang mungkin akan membuatkan saya tersenyum dan menangis. Kita tak minta benda ni semua berlaku, dan saya pasti awak tahu apa yang terjadi antara kita disebabkan terpaksa, demi menyelamatkan keadaan. Keadaan yang membuatkan kita terpaksa lupakan semua kisah kita. Dalam diam, hati awak juga merasakan benda yang sama. Saya tak pernah memaksa awak untuk mengingati semula perkara yang lepas kerna itu hanya kenangan kita, bukan lagi buku yang akan di buka semula sebab kita dah baca buku kita sehingga ‘jilid yang terakhir’. Memang keluarga tak pernah menghalang untuk kita bepisah, sebab mereka juga ingin yang terbaik untuk anaknya walaupun mereka sendiri nak lihat kita ‘berkawan’.  Wahai mantan kekasihku, Allah tak takdirkan kita untuk terus bersama, mungkin ada hikmah yang tersembunyi. PerancanganNya adalah sebaik baik perancangan. Mungkin pengganti ‘itu’ akan lebih membahagiakan dalam setiap sudut, mungkin dia adalah rentak sebenar awak. Jangan pernah salahkan takdir dengan apa yang terjadi. Kita ada arah sendiri untuk dituruti. ‘Dia’ yang mewakili saya buat masa ni, saya harap dia buat sehabis mungkin untuk membahagiakan awak. Saya dah tak dapat nak jaga awak lagi dah, saya dah tak dapat nak ‘care’ pasal awak sangat sebab dia lebih dekat untuk lakukan semua tu. Saya juga ada ‘dia’ untuk dihargai. Antara kita hanya ada kenangan dan juga bayangan rindu, bukannya perasaan seperti dulu.

 .................................

 

Wahai kekasihku, siapa dia ataupun awak bukan persoalannya bagi saya. Yang lepas dipanggil kenangan, yang ada dipanggil masa hadapan. Cukuplah awak tahu dia hanya kenangan saya dan tak lebih dari tu, dan awak dijadikan titik permulaan saya melangkah ke masa hadapan saya. Saya tak meletakkan harapan untuk kembali seperti dulu dengan dia, kerana saya ada awak. Maafkan saya andai warkah saya mengguris hati  yg membacannya, niat saya ingin meluahkan sesuatu yang tersimpan di hati. Dia ada ‘life’ sendiri dan InshaAllah dia bahagia dengan life dia, saya juga nak bahagia dengan life saya. Mungkin Allah ingin menguji perasaan saya :’) Ujian itu sebuah kekuatan yang baru, mudah mudahan hati saya terus kuat untuk bersama awak sehingga ke akhirnya.   “YA ALLAH, sampaikan rindu hambaMu ini kepada dia. Buang rasa tak enak dari benak hati ini. Jadikan dia orang yang sentiasa bercahaya dalam hatiku. Jadikan dirinya orang yang terakhir memiliki hati kecil ku ini YA ALLAH. Sinarilah hidupku dengan kehadiran dia. Amin ya rabbal alamin” :’)


No comments:

Post a Comment