Thursday 9 January 2014

Mana Letaknya Hatimu

Nak meraung rasanya apabila diperlakukan sedemikian, tapi apa gunanya sebab benda dah berlaku. Nak menangis, airmata wany dah kering. Sekali lagi wany dikecewakan tanpa sebab. Mana letaknya hati dia yang wany kenal dulu ? Mana pergi janji dia sebelum ni ? Apa dosa wany sampai macam ni sekali dia buat pada wany ? 

Kat Jusco wany tergerak hati nak call dia, tergerak hati nak dengar suara dia, wany mahukan penjelasan, bukan perpisahan. Mana salah wany ? tunjukkan !! Wany memang dah tak larat nak menangis lagi. Rindu wany dia balas dengan putus ? Kenapa ? Awak nak hidup best awak tanpa saya .. saya izinkan. Untuk kali kedua awak buat benda ni pada saya . Terima kasih awak, terima kasih sangat. Sayangnya pengorbanan saya awak balas dengan ini . Kalau saya tahu awak akan lakukan benda yang sama, takkan saya terima awak semula dalam hati saya,takkan saya izinkan awak ambil hati saya. 




Ini dugaan buat saya, saya tahu. Bagi awak saya nothing, saya tiada harta untuk saya banggakan pada awak, saya tiada duit untuk bahagiakan awak, belikan awak itu ini. Yang saya ada hanya hati yang saya jaga untuk dihuni oleh awak. Tapi awak tolak, awak tinggalkan saya tanpa alasan yang munasabah. 

Sekarang saya mungkin menyemakkan hidup awak, saya buat awak rimas. Takpe awak, lepas ni saya takkan semakkan hidup awak,saya takkan kongkong awak, saya takkan ambil berat lagi pasal awak, saya cuba buang segalanya tentang awak kalau itu permintaan awak. Awak minta saya faham dengan keputusan awak, saya faham. Awak, belum sampai sebulan kita GB balik, awak ulangi lagi kesilapan awak, awak langgar sekali lagi janji yang awak sendiri ukir. Lagi berapa hari jek kita nak dekat 5 bulan. tapi awak taknak 5 bulan itu, awak tak mahu hubungan yang kekal.

Semoga bahagia, saya disini mengharapkan awak bahagia di samping insan yang awak sayang. Perlahan lahan saya melangkah untuk pergi dari hidup awak. Andai suatu hari nanti awak terluka, janganlah cari saya kerna itu yang awak mahukan. Awak tak hargai saya yang setia untuk awak, awak xnak pandang pada saya yang terlalu sayang pada awak. Selamat Tinggal Muhammad Syakir Bin Azman :'(

No comments:

Post a Comment